Dalil yang mewajibkan zakat pendapatan
Zakat ke atas pendapatan adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama muta’akhirin termasuk Prof. Dr. Yusof Qardhawi dan Dr. Hussein Shahatah, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kewajipan zakat pendapatan ini, antaranya firman Allah:”Wahai orang-orang yang beriman keluarkanlah sebahagian dari usaha kamu yang baik-baik dan sebahgian daripada apa yang telah Kami keluarkan dari bumi untuk kamu” (Al-Baqarah: 267)
Manakala sabda Rasulullah (SAW) yang bermaksud: “Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud
Di samping itu, berdasarkan catatan sejarah, pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz (meninggal 72M) baginda telah pun melaksanakan zakat pendapatan ini ke atas gaji para tenteranya.
Ulama mutakhir juga menyatakan, secara perbandingannya zakat pendapatan ini adalah seperti zakat pertanian (kerana hasil pertanian itulah pendapatan para petani). Seandainya para petani diwajibkan mengeluarkan zakat mereka sebanyak lima hingga 10 peratus pada setiap kali musim menuai, maka bagaimanakah pula dengan mereka yang memperolehi gaji pada setiap bulan. Logik akal menyatakan, maka sudah pastilah zakat juga turut wajar dikenakan ke atas pendapatan itu.
![]() |
No comments:
Post a Comment